Tambang baru pengangkutan awam bakal diumumkan tak lama lagi adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Tambang baru pengangkutan awam bakal diumumkan tak lama lagi membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Tambang baru pengangkutan awam bakal diumumkan tak lama lagi
















tambang baru


Syarikat pengangkutan awam kini menunggu dengan penuh harapan berikutan desas-desus kenaikan tambang bas dan teksi bakal dilaksanakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Ashfar Ali memberitahu BH Auto bahawa beliau menjangkakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan struktur baru tambang untuk pengangkutan awam pada bulan ini.

“Kami dimaklumkan bahawa tambang baru bagi bas ekspres akan berkuatkuasa selepas Hari Raya. Kami berharap bahawa struktur baru ini akan meringankan beban pengusaha bas,” kata Ashfar.

Beliau berkata kali terakhir tambang baru dilaksanakan adalah enam tahun lalu dan dia berpendapat bahawa, “ia adalah sesuatu yang sememangnya ditunggu sekian lama memandangkan syarikat bas telah menanggung kenaikan kos berterusan disebabkan oleh polisi gaji minima dan kenaikan kos untuk tayar, alat ganti, pelincir minyak dan sebagainya . ”

Ketika ini, pengusaha bas ekspres masih lagi mengenakan surcaj 10 peratus yang telah dibenarkan oleh suruhanjaya itu sejak tempoh perjalanan Hari Raya tahun lalu.

Semenjak 14 bulan yang lalu, syarikat pengangkutan awam terutama dari pengusaha ekspres dan bas sekolah telah mengesyorkan kepada kerajaan agar kenaikan tambang sehingga 30 hingga 40 peratus dibenarkan.

Pengurus Cepat Express Abu Hanipah Mohd Said berkata beliau amat menantikan berita baik tersebut kerana telah terpaksa menampung peningkatan kos operasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya diberitahu oleh SPAD bahawa tambang baru akan diumumkan selepas tempoh perjalanan Hari Raya ini. Kami benar-benar berharap ia adalah benar,” katanya kepada BH Auto di majlis buka puasa SPAD di Bukit Damansara minggu lepas.

Abu Hanipah juga berharap tambang baru itu mampu memberikan satu situasi menang-menang untuk pengendali bas dan pengguna.

“Jika boleh, kenaikan harga tiket yang akan dilaksanakan patut dijalankan secara beransur-ansur atau sedikit demi sedikit untuk beberapa tahun yang akan datang, supaya penumpang tidak akan merasai kesan kenaikan,” kata Abu Hanipah.

Pada bulan lepas, dilaporkan bahawa Kabinet telah bersetuju secara dasar dengan cadangan tambang baru yang dicadangkan oleh suruhanjaya itu.

“Pada dasarnya, kerajaan telah bersetuju dengan struktur baru tambang pengangkutan awam. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad hanya boleh diumumkan selepas SPAD menerima maklum balas daripada industri,” kata ketua pegawai eksekutif SPAD Nur Ismal Kamal pada bulan lepas.

Sejak Oktober lalu, SPAD telah pun menjalankan kajian menyeluruh bersama-sama dengan pemain industri dengan membincangkan pendekatan dari segi kos asas dan pewujudan indeks kos ke arah mewujudkan struktur yang baru.

Mengikut perancangan, tambang baru pengangkutan awam sepatutnya dijalankan pada suku pertama 2014 selepas proses mengumpul maklum balas meluas daripada semua pihak yang berkepentingan melalui perbincangan kumpulan tumpuan, sesi taklimat dan paparan awam.

Walau bagaimanapun, media difahamkan bahawa suruhanjaya telah membuat semakan berulang kali sebelum memuktamadkan kadar tambang baru agar ia kelak bersifat berdaya maju untuk industri pengangkutan awam sambil melihat kepada isu kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Sumber : BH Auto






Tambang baru pengangkutan awam bakal diumumkan tak lama lagi ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.