"ARWAH SEMPAT BERTANYA KEADAAN PENUMPANG, BARULAH DIA MENTENTERAMKAN DIRINYA DI TEMPAT DUDUK" - SAKSI adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya "ARWAH SEMPAT BERTANYA KEADAAN PENUMPANG, BARULAH DIA MENTENTERAMKAN DIRINYA DI TEMPAT DUDUK" - SAKSI membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





"ARWAH SEMPAT BERTANYA KEADAAN PENUMPANG, BARULAH DIA MENTENTERAMKAN DIRINYA DI TEMPAT DUDUK" - SAKSI







Ledang – “Arwah sempat bertanya keadaan semua penumpang dan selepas mendapati tiada siapa yang cedera parah, barulah dia mententeramkan dirinya di tempat duduk pemandu sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian,” kata Ab Gani Ab Hamid, 58, antara penduduk pertama tiba di lokasi kemalangan di Jalan Teluk Rimba – Bukit Kangkar di sini, semalam.



Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, pemandu van sekolah Ayub Baba, 53, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan dipandunya yang membawa tujuh pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Serom 4 di sini, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lori baja dan terbabas ke cerun sedalam tiga meter.



Arwah dikatakan sempat bertanya keadaan semua tujuh pelatih terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) sebelum meninggal dunia selepas diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat.



Ab Gani berkata, penduduk dan pasukan penyelamat terpaksa menebas semak selama 15 minit sebelum berjaya mengeluarkan semua penumpang dan pemandu van berkenaan.



“Ketika pasukan penyelamat tiba, pemandu van sekolah itu dilihat masih bernyawa, tetapi dia meninggal dunia tidak lama selepas diselamatkan kerana kecederaan teruk di badan,” katanya, lapor Hmetro. SUMBER




"ARWAH SEMPAT BERTANYA KEADAAN PENUMPANG, BARULAH DIA MENTENTERAMKAN DIRINYA DI TEMPAT DUDUK" - SAKSI ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.