SANDAKAN : GARA-GARA RAKAM AKSI SEKS JIRAN,LELAKI MAUT DITIKAM adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya SANDAKAN : GARA-GARA RAKAM AKSI SEKS JIRAN,LELAKI MAUT DITIKAM membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





SANDAKAN : GARA-GARA RAKAM AKSI SEKS JIRAN,LELAKI MAUT DITIKAM




Maut gara-gara rakam aksi seks jiran





KOTA KINABALU – Ia bermula dengan mencuri rakam aksi seks pasangan suami isteri yang juga jiran berhampiran rumahnya menggunakan telefon bimbit kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.


Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit menunjukkan rakaman curi berkenaan kepada anak lelaki pasangan terbabit yang berusia 17 tahun dan beberapa jiran sambil melemparkan beberapa komen sinis.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral itu berakhir dengan tragedi apabila La Kampo, 47, maut akibat ditikam dengan pisau oleh lelaki dalam rakaman itu, kira-kira tujuh jam kemudian.

Kejadian berlaku di perkampungan setinggan Kampung Bukit, Batu 2 1/2, Sandakan, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marung, berkata suspek mendapat tahu aksinya di kamar tidur dirakam apabila terdengar suara mangsa berbual dengan anaknya di ruang tamu.

Katanya, mangsa dikatakan menunjukkan rakaman di telefon bimbit itu kepada anak remaja suspek di rumahnya (suspek) sambil melemparkan kata-kata sinis dan didengar oleh suspek.

“Melihat suspek keluar dari bilik, La bergegas meninggalkan rumah suspek dan menunjukkan pula rakaman sama kepada beberapa jiran. “Tidak lama selepas itu, suspek dikatakan pergi ke rumah La dan memberi salam sambil meminta izin untuk masuk.

“Suspek kemudian mengarahkan La duduk di kerusi manakala isterinya berada berhampiran. Secara tiba-tiba, suspek mengeluarkan pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter (sm) lalu menikam perut serta lengan La sebanyak lima kali, mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian.

“Suspek kemudian keluar dari rumah itu dan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dengan membawa pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Mengesahkan kedua-duanya bukan warga tempatan, Rowell berkata, La mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.

Katanya, suspek kini ditahan reman, manakala kes disiasat menerusi Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.





SANDAKAN : GARA-GARA RAKAM AKSI SEKS JIRAN,LELAKI MAUT DITIKAM ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.