PEKERJA CHALET DITEMUI MATI TERLENTANG DI PERANGINAN RANTAU ABANG adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya PEKERJA CHALET DITEMUI MATI TERLENTANG DI PERANGINAN RANTAU ABANG membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





PEKERJA CHALET DITEMUI MATI TERLENTANG DI PERANGINAN RANTAU ABANG









Dungun – Seorang pekerja chalet ditemui mati dalam keadaan terlentang di dalam bilik sebuah chalet di Pantai Peranginan Rantau Abang, di sini, 8 malam tadi.



Mangsa yang bertugas sebagai pengemas bilik, Rosli Mat Rawi, 48, berasal dari Rawang, Selangor ditemui seorang penghuni yang tinggal bersebelahan tempat tinggalnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Penghuni terbabit, Mohd Ar Razak Mohd Zain, 28, berkata, dia yang bekerja sebagai penyelia projek pembinaan rumah rimbunan kasih menyewa di chalet itu sejak dua bulan lalu.



Katanya, sejak menyewa di situ dia mengenali arwah sebagai seorang yang amat baik dan mudah mesra selain sering menemaninya makan.



Menurutnya, ketika kejadian, dia mengunjungi bilik arwah untuk mengajaknya makan dan selepas beberapa kali memanggil, arwah tidak menjawab sahutannya.



Dia kemudian mengintai menerusi pintu bilik dan mendapati arwah dalam keadaan terlentang sebelum bertindak memberitahu pekerja chalet berkenaan.



Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, lapor Hmetro.




PEKERJA CHALET DITEMUI MATI TERLENTANG DI PERANGINAN RANTAU ABANG ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.