MH17: 3 LAGI JENAZAH TIBA DI TANAH AIR adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya MH17: 3 LAGI JENAZAH TIBA DI TANAH AIR membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





MH17: 3 LAGI JENAZAH TIBA DI TANAH AIR







SEPANG - Pesawat yang membawa kumpulan kedua jenazah mangsa tragedi MH17 selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.28 pagi Ahad.



Pesawat penerbangan MH19 tersebut membawa jenazah Penyelia Penerbangan kabin Mohd Ghafar Abu Bakar dan penumpang Ng Shi Ing.



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut dilihat hadir di Kompleks BUnga Raya bagi memberi penghormatan kepada jenazah.



Sebaik sahaja tiba, kedua-dua keranda diangkat masuk ke dalam van jenazah oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Detik bertafakur selama seminit diadakan kira-kira pukul 8.41 pagi.



Selesai bertafakur, dua van jenazah bergerak meninggalkan Kompleks Bunga Raya menuju ke tempat pengebumian yang ditetapkan keluarga masing-masing. Jenazah Mohd Ghafar akan disemadikan di sebelah pusara anak lelakinya di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, lapor mStar.




MH17: 3 LAGI JENAZAH TIBA DI TANAH AIR ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.