Meraung disimbah minyak panas adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Meraung disimbah minyak panas membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Meraung disimbah minyak panas
Meraung disimbah minyak panas
Kuala Lumpur: Berang tidak diberikan makanan, seorang kutu rayau bertindak menyimbah minyak panas ke badan seorang pekerja medan selera di Kompleks Pertama, di sini, menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Sofea Batrisyya, 30, yang juga warga Indonesia didatangi seorang lelaki ketika dia bekerja di medan selera terbabit.
Suspek yang juga seorang kutu rayau berusia 40 tahun itu dikatakan meminta makanan daripada mangsa tetapi tidak dihiraukan.
Lelaki itu yang kemudiannya marah kerana tidak diberikan makanan terus masuk ke dalam dapur dan mengambil minyak panas.
Keadaan mangsa yang disimbah minyak panas.
Suspek menyimbah minyak panas berkenaan ke badan mangsa menyebabkannya menggelupur kesakitan sebelum dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Meraung disimbah minyak panas ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment