Loji Pemprosesan Gas Petronas Meletup
Dua pekerja syarikat kontraktor terbunuh manakala lapan yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji pengeluaran gas di GPP3 dekat Kerteh, Kemaman pada 10 Mei lepas.
Identiti kedua-dua mangsa belum diketahui dan mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman dan Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ini ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di loji tersebut.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, kebakaran berjaya dikawal dan api dapat dipadamkan kira-kira pukul 3.20 petang.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment