LELAKI MELECUR 80% DIBAKAR HIDUP-HIDUP DI TAMAN LAYANG-LAYANG KEPONG adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya LELAKI MELECUR 80% DIBAKAR HIDUP-HIDUP DI TAMAN LAYANG-LAYANG KEPONG membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





LELAKI MELECUR 80% DIBAKAR HIDUP-HIDUP DI TAMAN LAYANG-LAYANG KEPONG









Kuala Lumpur – Seorang lelaki melecur hampir 80 peratus bahagian badannya selepas dibakar individu tidak dikenali dalam kejadian di Taman Layang-Layang, Kepong, di sini, Selasa lalu.



Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun bersama seorang anak saudaranya menaiki kereta dalam perjalanan dari Jalan P Ramlee menuju ke Kota Damansara.



Difahamkan, ketika kejadian mangsa berhenti untuk merokok sebelum dibakar suspek yang dipercayai menunggang motosikal.



Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anak saudara mangsa berusia 21 tahun ketika itu tidur di dalam kereta.



Dia dikejutkan apabila ada orang mengetuk cermin kereta memberitahu kejadian, malah api masih lagi membakar baju mangsa ketika itu.



“Dalam keadaan kesakitan itu, mangsa meminta membawanya pulang ke rumah anak saudaranya di Kota Damansara sebelum dia dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.



Beliau berkata, mangsa kini berada di hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau benda berbahaya lain,” katanya, lapor Hmetro.




LELAKI MELECUR 80% DIBAKAR HIDUP-HIDUP DI TAMAN LAYANG-LAYANG KEPONG ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.