Kerana Bunyikan Enjin Motosikal, Lelaki dipukul Sehingga Mati adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Kerana Bunyikan Enjin Motosikal, Lelaki dipukul Sehingga Mati membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Kerana Bunyikan Enjin Motosikal, Lelaki dipukul Sehingga Mati










SEREMBAN - Seorang pekerja lelaki Kompleks sukan Nilai ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam sebuah lubang di Jalan Labu, Batu 6 semalam.


Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mayat Amir Fazli Suhaimi Fadzil, 18, ditemui oleh orang awam. Mayat ditemui hanya memakai seluar dan tidak berbaju.


Pemeriksaan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan lebam di bahagian mata dan hidung berdarah. Dompet mangsa juga tidak ditemui. Namun sebuah motosikal Yamaha 125Z dipercayai milik mangsa ditemui 40 meter dari lokasi kejadian.


Sebuah topi keledar berwarna biru, sehelai baju dan jam tangan turut ditemui tidak jauh dari mayat mangsa berserta beberapa kesan darah. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindakan selanjutnya.


Polis bagaimanapun telah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun & 19 tahun yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.


Kedua-dua suspek bersama 3 lagi rakan subahat yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipukul sehingga mati.




















Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.


Sumber mymediahubonline.blogspot.com




Kerana Bunyikan Enjin Motosikal, Lelaki dipukul Sehingga Mati ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.