JPJ TAMPIL DENGAN IMEJ BARU adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya
JPJ TAMPIL DENGAN IMEJ BARU membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
JPJ TAMPIL DENGAN IMEJ BARU
JPJ TAMPIL DENGAN IMEJ BARU
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini melancarkan imej dan wajah baru kenderaan rasminya bertempat di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.
Kenderaan dengan jalur berwarna biru pekat dan putih menggunakan model MPV terbaru Toyota Fortuner 2014.
Pelancaran dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai. Kenderaan rasmi JPJ sebelum ini berwarna biru pekat dengan jalur berwarna oren dan kuning di setiap sisi kenderaan MPV.
Namun, perkongsian gambar wajah baru kenderaan JPJ itu yang dimuat naik ke laman Facebook JPJ mendapat reaksi negatif dari sesetengah pengguna Facebook.
Ada yang memberi pandangan kononnya kenderaan saja yang baru namun imej pegawai JPJ yang kerap dikaitkan sebagai bergelumang dengan korupsi tetap tidak dapat dikikis.
Namun, banyak juga pihak yang memberikan maklum balas yang positif atas perubahan berkenaan.
Diharapakan dengan perubahan ini kakitangan JPJ dapat mempertingkatkan etika kerja mereka agar masyarakat tidak memandang serong terhadap penjawat awam yang sering kali dikaitkan dengan amalan rasuah.
JPJ TAMPIL DENGAN IMEJ BARU ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment