Kalau US terkenal dengan pasukan SWAT miliknya, kini Malaysia telah memiliki pasukan konsep yang sama, iaitu STAFOC atau Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang.
Berbeza dengan UTK dan VAT-69, pasukan STAFOC bukanlah komando, tetapi menerima latihan dari dua unit tersebut yang direkrut dari kalangan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
Pasukan ini wujud selepas PDRM melihat keperluan dalam OPS CANTAS sebelum ini bagi manangani masalah gangster dan dadah yang sebelum ini ditubuhkan sebagai unit khas D-9.
Unit Tindak Khas (UTK) pula bukan unit yang begitu besar jumlahnya, tambahan latihan dan kelengkapan lain mengambil masa yang agak lama untuk menambah keahlian. Bagi mengatasi masalah ini, anggota STAFOC telah direkrut dari kalangan anggota PDRM, dan ia akan digerakkan di seluruh negara bagi menyokong operasi IPD atau IPK di kawasan masing2.
Unit ini juga dilengkapi dengan pelbagai peralatan terkini seperti vest, helmet, senjata submesingun MP-5 dan peralatan asas yang lain yang sama seperti digunapakai oleh UTK.
STAFOC dilihat lebih kepada unit melawan jenayah terancang, manakala UTK bakal menfokuskan latihan mereka kepada unit lawan keganasan (anti-terrorist). Bagi kes seperti pemberontakkan militan, ia adalah tanggujawab VAT-69.
Post a Comment