adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
SAYA TAK BERNIAT BUNUH NORAZITA - SUSPEK
SHAH ALAM – Bekas pengawal keselamatan AmBank Subang Jaya, La Ode Ardi Rasila yang didakwa membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, dia tidak berniat untuk membunuh wanita itu.Warga Indonesia itu berkata, pada hari kejadian dia hanya berniat untuk merompak bank berkenaan namun senjata api jenis pump gun di tangannya meletup secara tiba-tiba.Katanya, sebelum itu dia cuba mengepam senjata api berkenaan agar bunyi yang dikeluarkannya dapat menarik perhatian mangsa dan seorang lagi kakitangan bank, Arzanna Abdullah untuk memandang ke arahnya.“Ketika itu mereka (Norazita dan Arzanna) sedang menyusun wang dengan membelakangkan saya, saya tarik pam supaya keluar bunyi agar mereka nampak saya,” katanya ketika memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi.Hakim Datuk Akhtar Tahir sebelum itu memerintahkan La Ode, 37, membela diri atas tuduhan membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita, 37, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013, lapor Utusan.
ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment