3 GAMBAR: DOKTOR BINGUNG, TANGAN KANAK-KANAK BERSAIZ BESAR adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya 3 GAMBAR: DOKTOR BINGUNG, TANGAN KANAK-KANAK BERSAIZ BESAR membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





3 GAMBAR: DOKTOR BINGUNG, TANGAN KANAK-KANAK BERSAIZ BESAR







SEKUMPULAN doktor di India bingung dengan penyakit tangan seorang kanak-kanak lelaki yang bersaiz gergasi, malah lebih besar daripada kepalanya.



Tangan kanak-kanak yang dikenali sebagai Kaleem itu adalah seberat lapan kilogram setiap sebelah dan sebesar 33 sentimeter. Kaleem berkata,”Saya tidak mahu ke sekolah kerana cikgu beritahu budak-budak lain takut dengan tangan saya.






“Ramai kanak-kanak sering buli dan pukul saya di sekolah. Mereka juga berkata, mari memukul budak tangan besar.”



Kaleem turut mengalami masalah ketika ingin memakai baju, menarik dan menolak seluar, selain membutangkan pakaian dan makan.



“Saya pun tidak tahu sama ada mahu benarkan doktor melakukan pembedahan pada tangan ini.



“Saya tidak mempunyai masalah jika mereka boleh melakukannya tanpa suntikan,” ujarnya. Pengarah hospital tempatan, Dr Ratan berkata, “Sepanjang pengetahuan saya, kes seperti ini amat jarang berlaku.






“Saya tidak pernah melihat di dalam jurnal perubatan atau internet tentang kes tangan berkembang dengan besar.



“Sehingga kita lakukan ujian genetik yang betul, kita tidak akan dapat mengatakan dengan tepat apa yang menyebabkan kecacatan ini.”



Menurutnya, hasil pemeriksaan kesihatan setakat ini mendapati Kaleem berada dalam keadaan sihat seperti kanak-kanak lain, lapor mStar.




3 GAMBAR: DOKTOR BINGUNG, TANGAN KANAK-KANAK BERSAIZ BESAR ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.