3 ANGGOTA TENTERA MAUT adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya 3 ANGGOTA TENTERA MAUT membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





3 ANGGOTA TENTERA MAUT







Kuantan – Tiga anggota tentera maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam satu kemalangan di Batu 3, Jalan Gambang, malam tadi.



Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 malam itu, kesemua mangsa tercampak keluar dari kenderaan berkenaan menyebabkan Mohd Fahmi Jap, 23, Mohd Ilias Abu Seman, 23, dan Mohd Faizal Zainol, 26, maut di tempat kejadian manakala Shamzuri Awang, 23, parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.



Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Honda dalam perjalanan dari bandar ini pulang ke Kem Batu 10, di sini.



“Setibanya di tempat kejadian kenderaan berkenaan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok dan masuk ke dalam longkang.



“Rempuhan itu menyebabkan kereta itu remuk teruk dan kesemua mangsa tercampak keluar secara berasingan menyebabkan tiga daripada mereka maut serta merta di tempat kejadian,” katanya.



Siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dipercayai dipandu laju dan keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat, lapor Hmetro.




3 ANGGOTA TENTERA MAUT ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.