10 Tahun Hilang Dihanyut Tsunami, Akhirnya Anak Perempuan Ditemui adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya 10 Tahun Hilang Dihanyut Tsunami, Akhirnya Anak Perempuan Ditemui membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





10 Tahun Hilang Dihanyut Tsunami, Akhirnya Anak Perempuan Ditemui





Seorang kanak-kanak perempuan Indonesia disangka mati setelah hilang dihanyutkan tsunami 2004, kini telah bersatu semula dengan keluarganya pada Khamis.


Raudhatul Jannah, 14 yang ketika kejadian baru berusia empat tahun telah dibawa tsunami dan terpisah dari keluarganya.


“Ini keajaiban kurniaan Ilahi” kata Jamaliah, 42 yang merupakan ibu kepada Raudhatul.


Raudhatul bersama abangnya yang berumur tujuh tahun ketika itu telah dibawa angin kuat di rumah mereka di Aceh Barat pada 26 Dec 2004.


Walau bagaimanapun, kedua ibu bapa kanak-kanak berkenaan terselamat dari gempa bumi akibat dalam tsunami di Aceh yang telah meragut 10 ribu nyawa.


Ibu bapa Raudhatul ketika itu sudah berputus asa mencari anak-anak mereka.


Namun pada Jun lalu, abang kepada Jamaliah ternampak seorang budak perempuan yang mempunyai wajah seakan Raudhatul.


Abangnya kemudian bertanya dan mendapati bahawa budak perempuan tersebut pernah terperangkap di dalam tsunami dan dibawa dari Aceh ke beberapa pulau-pulau terpencil di barat daya wilayah itu.


Seorang nelayan telah menyelamatkan budak perempuan tersebut dan kemudiannya membawa dia ke rumah keluarganya.


Selepas diberitahu oleh abangnya, Jamaliah dan suaminya melawat budak yang dimaksudkan pada akhir bulan Jun.


Dia dan suaminya sangat terkejut apabila mendapati bahawa budak perempuan yang berusia 14 tahun itu adalah anaknya yang hilang 10 tahun lalu.


“Saya dan suami sangat gembira, syukur Tuhan menemukan kami walau sudah 10 tahun” beritahu Jamaliah kepada AFP.


“Hati saya berdegup kencang ketika pertama kali berjumpa dengan anak, kami berpelukan erat kerana terlalu rindu” cerita Jamaliah sehingga tidak dapat menahan air matanya.


Raudhatul yang juga dipanggil Wenni oleh keluarga yang berjumpa dengannya telah pulang ke rumah keluarga kandungnya pada Rabu.


Ibu bapanya percaya bahawa anak lelaki masih hidup dan berada di sekitar pulau-pulau kecil Aceh.


Tsunami itu telah mengorbankan lebih daripada 170,000 orang di seluruh Indonesia.



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





10 Tahun Hilang Dihanyut Tsunami, Akhirnya Anak Perempuan Ditemui ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.