Wanita Bogel Berjemur Di Tingkap Sebabkan Kemalangan
Tindakan seorang wanita berjemur dalam keadaan bogel di tingkap kediamannya menimbulkan keadaan kelam kabut apabila mengganggu tumpuan pemandu hingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.
Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat wanita berkenaan di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu.
Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras tiga bangunan itu.
Pada masa sama, beberapa kereta dilihat menghalang lalu lintas kerana pemandunya terlalu asyik melihat gelagat wanita itu hinggakan polis peronda terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.
Bagaimanapun, sebaik polis tiba, wanita itu sudah masuk ke kediamannya dan menutup tingkap.
Incoming search terms:
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment