VIDEO (18SG): Cara Pegawai Polis Wanita Di China ‘Selesaikan’ Insiden Tebusan
Ada satu peristiwa tebusan melibatkan suspek iaitu seorang lelaki dan mangsanya, seorang wanita di sebuah pasara raya. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk memujuk suspek agar melepaskan tebusannya, namun ia tidak diendahkan.
Lalu seorang pegawai polis wanita dari unit khas polis republik itu dihantar untuk memujuk lelaki tersebut. Pegawai itu hanya berpakaian biasa (tidak beruniform) tetapi ada menyelitkan sepucuk pistol automatik di pinggangnya.
Memandangkan lelaki itu terus berdegil dan keselamatan nyawa tebusan pula makin terancam, pegawai polis wanita berkenaan mengambil keputusan berani dengan menyerbu ke arah lelaki tersebut sambil melepaskan empat das tembakan tepat ke muka suspek.
Akhirnya peristiwa tebusan itu selesai tidak sampai tiga saat, suspek rebah ke bumi dan mati serta-merta. Mangsa pula berjaya dibebaskan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Hebat bukan?
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment