Tukar Mykad Baru Dapat Subsidi Petrol?
Maklumat kononnya orang ramai perlu menukar MyKad bagi melayakkan mereka menerima subsidi petrol tidak benar.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Sulaiman Keling berkata, pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“JPN menafikan perkara itu. Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan penukaran MyKad baharu untuk tujuan mendapatkan subsidi petrol,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sulaiman berkata, maklumat palsu itu didapati disebarkan secara meluas menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Whatsapp dan Facebook.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan mana-mana khabar angin seperti itu.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment