‘Toyol’ 10 Tahun Terlibat 23 Kes Kecurian, Pecah Rumah adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya ‘Toyol’ 10 Tahun Terlibat 23 Kes Kecurian, Pecah Rumah membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





‘Toyol’ 10 Tahun Terlibat 23 Kes Kecurian, Pecah Rumah





Dia bukan anggota geng kongsi gelap, bukan penyamun, jauh sekali perompak. Kalau dilihat dari luaran dia hanyalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Artikel Berkaitan: Berjaya Rakam Visual ‘Toyol’


Namun, siapa sangka dalam usia semuda itu dia mendapat gelaran Raja Toyol selepas terbabit dalam tidak kurang daripada 23 kes kecurian membabitkan kes pecah rumah, kecurian tabung masjid dan kedai runcit di kawasan Kampung Sungai Ara, Damansara sejak setahun lalu.


Meskipun sudah acap kali ditangkap penduduk kampung kerana mencuri, bahkan pernah dibelasah kerana perbuatannya itu, budak lelaki yang sudah tidak bersekolah ini tidak serik, malah bertambah aktif seolah-olah mencuri menjadi kerjaya sepenuh masanya.


Difahamkan kanak-kanak ini hanya memerlukan tempoh yang singkat untuk melarikan wang yang disimpan di dalam rumah tanpa disedari oleh pemiliknya. Sudah beribu ringgit masuk ke sakunya.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sungai Kayu Ara, Ramli Daud berkata, kanak-kanak itu pernah diserahkan kepada polis tetapi dibebaskan semula kerana dia di bawah umur.


“Dia bergerak seorang diri di dalam kampung dan sasaran utamanya adalah wang.


“Baru-baru ini dia pernah ditangkap dan apabila ditanya ke mana wang curi itu dibelanjakan, dia dengan selamba memberitahu wang itu digunakan untuk berhibur di pusat siber. Saya yakin dia berkawan dengan budak yang lebih besar dan di situlah wang itu dibelanjakan,” katanya.


Menurut Ramli, kanak-kanak ini melakukan kerja tidak kira siang ataupun malam. Jika ada peluang dia akan masuk ke dalam rumah sesiapa sahaja tanpa disedari.


“Dia akan sasarkan wang yang disimpan di dalam rumah, tidak kira di dalam poket seluar, almari mahupun laci.


“Peliknya dia boleh tahu di mana wang itu disimpan dan dengan tubuhnya yang kecil dia boleh masuk ikut lubang kecil selain tahu membuka gril pintu rumah,” katanya.


Jelas Ramli lagi, masalah itu sukar diselesaikan kerana keluarga kanak-kanak ini langsung tidak mengambil berat terhadapnya.


“Dia anak ketujuh daripada lapan adik-beradik dan tinggal bersama ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Keluarganya sudah lali dengan cerita kanak-kanak itu ditangkap.


“Ramai yang nasihat ayahnya supaya tidak membiarkan anaknya terus begitu, tetapi tidak diendahkan,” katanya.



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





‘Toyol’ 10 Tahun Terlibat 23 Kes Kecurian, Pecah Rumah ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.