Tiada ampun jualan tercemar! adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Tiada ampun jualan tercemar! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Tiada ampun jualan tercemar!










Cheras: Peniaga bazar Ramadan yang didapati melanggar garis panduan pengendalian makanan berdepan tindakan disenaraihitamkan daripada permohonan lesen bazar tahun depan selain dikenakan kompaun sehingga RM2,000.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, pihaknya sebelum ini hanya menyenaraihitamkan penjaja yang melakukan kesalahan seperti halangan, penggunaan warga asing dan gagal mematuhi peraturan DBKL yang lain.




“Tahun ini kami akan bertindak tegas terhadap penjaja yang bersalah menjual makanan yang tercemar menerusi operasi persampelan makanan.



“Ini berikutan kami tidak mahu pengusaha makanan mengambil sambil lewa dengan menyediakan makanan yang tercemar, sekali gus mengelak terkena keracunan makanan,” katanya selepas merasmikan pelancaran Operasi Persampelan Makanan terhadap penjaja bazar Ramadan di Bazar Ramadan Sri Permaisuri, di sini, semalam.

FotoMHD Amin (dua dari kanan) mengambil sampel kuih daripada peniaga, semalam.



Katanya, operasi membabitkan pegawai dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL serta Jabatan Kesihatan ini adalah persampelan makanan berpotensi tercemar yang diambil secara rawak untuk dianalisis di Makmal Kualiti Makanan DBKL.



“Selain itu, pemeriksaan sanitasi meliputi aspek kebersihan, pengendalian, pemakaian apron, penutup kepala, status suntikan tifoid dan kehadiran kursus pengendalian makanan turut dilakukan.



“Malah, semua 5,500 pengusaha bazar Ramadan di 76 lokasi di ibu kota untuk tahun ini diwajibkan mendapatkan suntikan tifoid serta menghadiri kursus pengendalian makanan,” katanya.



sumber




Tiada ampun jualan tercemar! ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.