‘Tak Mampu Nak Beli Baju RM5 Sekalipun’, Majikan Dedah Gaji Sebenar Ibu Remaja OKU
Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai cara untuk membantunya.
Pengurus Kanan Modal Insan Brahim’s Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.
“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.
“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya.
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.
Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment