Sedih! Coretan Hati Anak Linda Rafar Sebelum Meninggal Dunia
Kata-kata yang ditulis oleh anak Linda Rafar Allahyarham Rezaimen Kefli atau arwah Memen di secebis kertas putih boleh membuatkan hati menjadi sayu apabila mengenang semula.
Tulisan itu menunjukkan ketabahan anak kecil yang berusia 12 tahun menangung kesakitan dan derita sejak 6 bulan yang lalu.
Anak kecil sentiasa jujur dengan hati dan perasaan mereka. Apa yang terfikir di benak fikiran itulah yang akan diluahkan dan diperkatakan untuk dikongsikan bersama.
Dalam coretan itu, Arwah Memen menceritkan pengalamannya apabila mengakui sakit ketika menerima rawatan apabila dicucuk dibahagian anggota badannya. Termasuk rawatan cuci darah dan buah pinggang yang dilalui anak kecil itu.
Antara lain, Arwah Memen kongsikan juga biodata diri dan hobi abang dan adiknya yang gemarkan bersukan seperti bola sepak dan olahraga. Menerusi tulisan itu menunjukkan, Arwah Memen sangat sayang dan rapat dengan adik-beradiknya.
Lebih menyentuh hati, Arwah Memen turut mengucapkan terima-kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatannya sebelum ini.
Buat adik Memen, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment