Sarah Raisuddin Kuruskan Badan Agar Suami Selesa Pandang
Penyanyi Sarah Raisuddin mengakui cukup berdisiplin dalam menurunkan berat badan sebanyak 26 kilogram (kg) semata-mata mahu suaminya, Shuib (Sepah) senang melihatnya.
Sarah, 31, berkata, sebagai seorang isteri, dia enggan memiliki tubuh badan yang besar sehingga membuatkan suaminya itu kurang selesa dan kerana itu dia sanggup menurunkan berat dari 78kg hinggalah ke 48kg.
“Sebenarnya suami tidak kisah pun cuma saya yang rasa tak senang hati. Tetapi saya mahu apabila suami pulang daripada kerja, sedap sedikit mata memandang melihat saya. Bayangkan pernah sekali saya mencuba sepasang baju yang pernah dipakai sebelum ini dan ianya langsung tidak muat”
“Sejak dari hari itu saya meminta izin suami mahu menurunkan berat badan, dan Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan berat badan seperti yang diinginkan,” katanya kepada mStar Online.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment