SANGGUP CAGAR BAYI SENDIRI DEMI MEMBAYAR 15 SAMAN TRAFIK adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya SANGGUP CAGAR BAYI SENDIRI DEMI MEMBAYAR 15 SAMAN TRAFIK membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Ipoh: Sepasang suami isteri mendakwa terpaksa mencagar bayi lelaki mereka berusia lapan bulan kepada seorang wanita untuk mendapatkan pinjaman RM3,500 bagi membayar 15 saman trafik yang tertunggak berjumlah RM2,800.
Bagaimanapun, pasangan terbabit mendakwa gagal mendapatkan kembali cahaya mata mereka yang diserahkan kepada ahli perniagaan itu, sedangkan bayi berkenaan perlu dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Berikutan itu, pemandu bas, Nages Roa, 38, dan isteri, K Kanagavalli, 31, membuat aduan di Balai Polis Malim Nawar pada 26 Jun lalu.
Ingin ambil semula bayi
Kanagavalli berkata, dua hari selepas menyerahkan bayinya sebagai cagaran untuk pinjaman itu, dia ingin mengambil semula bayi berkenaan untuk dibawa menjalani pemeriksaan perubatan bagi mendapatkan vaksin seperti ditetapkan oleh pihak HRPB.
“Bagaimanapun, wanita itu enggan menyerahkan bayi kami dan sehingga kini, kami gagal mengesannya,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan sedang menyiasat dakwaan terbabit termasuk punca kejadian.
“Kedua-dua pihak, iaitu pihak yang mendakwa menyerahkan bayi mereka dan pihak yang didakwa menerima bayi terbabit, masing-masing membuat laporan polis. Kami menerima empat laporan polis, masing-masing dua dari kedua-dua pihak.
“Setakat ini, siasatan masih dijalankan oleh polis termasuk memanggil beberapa saksi. Kami juga akan mendapatkan kenyataan kedua-dua pihak dalam masa terdekat sebelum boleh menyelesaikan kes ini,” katanya. - Berita Harian
SANGGUP CAGAR BAYI SENDIRI DEMI MEMBAYAR 15 SAMAN TRAFIK

SANGGUP CAGAR BAYI SENDIRI DEMI MEMBAYAR 15 SAMAN TRAFIK ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment