Pesawat AirAsia Tergelincir Di Lapangan Terbang Brunei (10 Gambar)
Sebuah pesawat AirAsia hari ini tergelincir di landasan Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, Brunei.
AirAsia, yang mengesahkan perkara itu melalui satu kenyataan berkata kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang.
“Kesemua penumpang dan krew di dalam pesawat itu telah keluar dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan yang dilaporkan.
“Kakitangan perkhidmatan kami sedang kini sedang menjaga keperluan semua penumpang berkenaan.
“Pasukan kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengenal pasti punca kejadian ini, dan AirAsia akan menyediakan maklumat terkini,” kata kenyataan itu.
Pesawat AK278 itu membawa 102 penumpang dan tujuh krew.
Sementara itu, gambar kejadian itu tersebar dengan meluasnya di laman Twitter.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment