Pengenalan Perpaduan Kaum Di Malaysia
Soalan: Tuliskan pengenalan yang sesuai mengenai Perpaduan Kaum di Malaysia. Markah keselurahan berjumlah 5 markah.
Jawapan: Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. Terdapat pelbagai usaha kerajaan untuk memupuk isu perpaduan kaum di Malaysia termasuklah memperkenalkan pendidikan Sivik dan kewarganegaraan sejak di bangku sekolah. Justeru tanpa unsur perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan tidak dapat dinikmati.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment