PEMILIK MCDONALD'S KELANTAN NAFI BAYAR ROYALTI PADA ISRAEL adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya PEMILIK MCDONALD'S KELANTAN NAFI BAYAR ROYALTI PADA ISRAEL membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Boikot dan McDonald's (dan seumpamanya)
Bismillahirrahmanirrahim. Berikut adalah penilaian peribadi saya selaku francaisi McDonald’s Kelantan dan TIDAK mewakili McDonald’s Malaysia (Kerana saya bukan jurucakap syarikat korporat tersebut).
Kempen boikot
Ya! Saya sokong tindakan boikot sebagai salah satu cara meluahkan rasa tidak setuju terutama terhadap polisi dan tindakan sesebuah organisasi. Namun, tindakan boikot hendaklah berpaksikan kebenaran dan fakta.
Royalty Fees 5%
Dikatakan salah satu faktor yang “menghalalkan” kempen boikot jenama McDonald’s adalah kerana McDonald’s di Malaysia khususnya memberi sumbangan Royalty Fees sebanyak 5% kepada McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat.
Kenapa perlu bayar Royalty Fees tersebut?
Melalui sistem perniagaan francais, yang mana francaisi perlu membayar royalti (kadang-kadang dikenali sebagai system fees atau service fees, bergantung kepada jenama sesebuah francais) kepada francaisor kerana menggunapakai sistem perniagaan mereka. Dalam sistem perniagaan McDonald’s, Royalty Fees ini dibayar oleh pengusaha dan pemilik (dikenali sebagai francaisi) cawangan McDonald’s di seluruh dunia.
Adakah McDonald’s sahaja yang menggunakan sistem pembayaran royalti ini?
Tidak! Kebanyakan perniagaan berasaskan francais menggunakan sistem pembayaran royalti ini, cuma mungkin kadar peratusannya berbeza.
Jadi, McDonald’s di Malaysia (dan Kelantan) membayar Royalti Fees?
Ya! McDonald’s di Kelantan membayar royalti fees kepada McDonald’s Corporation. Begitu juga cawangan McDonald’s seluruh Malaysia, McDonald’s di Indonesia, McDonald’s di Arab Saudi, McDonald’s di Israel dan SEMUA cawangan McDonald’s di dunia.
Royalty Fees Disalurkan Kepada McDonald’s Israel?
TIDAK! McDonald’s di Israel BUKAN dimiliki oleh McDonald’s Corporation dan BUKAN juga anak syarikat McDonald’s Corporation. McDonald’s di Israel dipunyai 100% oleh syarikat tempatan (francaisi), dibawah nama syarikat Aloniel Limited. Pemilik Syarikat tersebut bernama Dr. Omri Padan dan beliau adalah warganegara Israel. Ini bermakna, McDonald’s di Israel membayar royalti KEPADA McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat.
Sebagai contoh, SAMA keadaannya seperti McDonald’s di Kota Bharu (francaisi) membayar royalti kepada McDonald’s Corporation. Oleh itu, sebarang hasil royalti di Malaysia (terutama bagi syarikat yang dimiliki oleh francaisi di Malaysia) akan disalurkan kepada McDonald’s Corporation disebabkan hubungan dan sistem perniagaan FRANCAISI-FRANCAISOR tersebut.
Namun, pembayaran royalti berhenti setakat itu sahaja. McDonald’s di Malaysia TIDAK membayar royalti kepada McDonald’s di Israel kerana McDonald’s di Israel adalah francaisi dan tiada kena mengena dengan McDonald’s Corporation.
Jadi, hasil jualan (termasuk hasil royalti), tidak sampai ke negara Israel. Sepertimana juga dengan McDonald’s di Kelantan TIDAK membayar royalti kepada McDonald’s di Kuala Terengganu (disebabkan seseorang francaisi tidak membayar royalti kepada francaisi yang lain).
Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/McDonald's_Israel
http://www.mcdonalds.co.il/About_McDonalds
McDonald’s Corporation Sebagai Rakan Korporat Jewish United Fund (JUF)?
Cerita ini keluar setelah sebuah print screen ucapan "terima kasih" daripada JUF terhadap McDonald’s Corporation di atas sumbangan syarikat korporat tersebut tersebar luas. Print screen tersebut boleh dilihat disini : http://www.inminds.co.uk/mcdonalss-juf.jpg
Wallahu’alam, mungkin palsu, mungkin tidak.
Namun, menurut laporan kewangan tahunan (yang telah di audit oleh auditor bebas) di laman web JUF, di sini: http://www.juf.org/uploadedFiles/JUF...e_partners.pdf, McDonald’s TIDAK disenaraikan sebagai penyumbang utama atau rakan korporat terhadap pertubuhan JUF. Jika dilihat dari sudut weightage of evidence, bukti yang terkandung di dalam laporan tahunan tersebut lebih menyakinkan jika dibandingkan dengan sekadar screenshot atau print screen yang sebelumnya.
Mungkin kita perlu lebih teliti tentang sesuatu fakta terutama di era media sosial seperti sekarang. Setuju atau tidak adalah hak masing-masing. Yang paling penting, orang awam terutama kanak-kanak, kaum wanita serta orang tua yang menjadi mangsa korban di Palestin, Burma, Syria dan dimana sahaja perlu dibela tanpa mengira agama bangsa dan negara.
Wallahu'alam
PEMILIK MCDONALD'S KELANTAN NAFI BAYAR ROYALTI PADA ISRAEL

PEMILIK MCDONALD'S KELANTAN NAFI BAYAR ROYALTI PADA ISRAEL ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment