Operator wanita dipecat larang pesakit dirawat adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Operator wanita dipecat larang pesakit dirawat membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Operator wanita dipecat larang pesakit dirawat










Sibu: Seorang operator wanita kaunter pertanyaan di sebuah hospital swasta di Jalan Pedada, di sini, yang didakwa bersikap biadap terhadap seorang lelaki ketika meminta bantuan merawat tiga beranak yang cedera dalam kemalangan Isnin lalu, sudah dipecat.

Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipecat berikutan kisah memalukan itu tersebar luas dan menjadi 'viral' dalam Facebook, menyebabkan ramai mengutuk dan mencaci kisah hospital berkenaan.



Jurucakap hospital swasta ketika dihubungi sebentar tadi berkata, operator wanita terbabit dipecat kerana tindakan dilakukan amat memalukan.



"Tindakan ini adalah terbaik untuk mengelak kejadian sama berulang. Kami amat kesal dengan perkara seperti ini," katanya.

FotoTIGA sekeluarga pengsan akibat parah dirempuh.



Kejadian berlaku pada jam 5 petang itu menyebabkan tiga sekeluarga parah selepas dirempuh pacuan empat roda jenis Land Cruiser sebelum pemandunya melarikan diri, meninggalkan mangsa bergelimpangan atas jalan raya.



Ketiga-tiga mangsa berusia tiga tahun, 17 tahun dan 61 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat parah sebelum seorang lelaki menghubungi hopsital berkenaan meminta menghantar ambulans ke tempat kejadian.



Bagaimanapun, apabila operator bertugas menyambut panggilan ketika itu, dia menjawab,: "Jika ambulans pergi ambil, siapa yang nak (mahu) bayar bil nanti?.



Melihat keadaan itu orang ramai tidak puas hati terus ke kauntar pertanyaan hospital swasta terbabit untuk meminta bantuan agar menyelamatkan tiga mangsa langgar lari itu.



Namun jawapannya tetap sama dan enggan menghulurkan bantuan kerana mahu mendapat jaminan seseorang untuk mahu membayar segala kos itu.



sumber




Operator wanita dipecat larang pesakit dirawat ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.