MRSM Tumpat Gempar, Ayat Suci Hilang Dari Al-Quran! adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya MRSM Tumpat Gempar, Ayat Suci Hilang Dari Al-Quran! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





MRSM Tumpat Gempar, Ayat Suci Hilang Dari Al-Quran!






Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.

Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.


Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4×8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang.


“Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH.


“Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran,” katanya.


Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan.


Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan di rumahnya di Kampung Neting.


Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir Tumboh pada 1998.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





MRSM Tumpat Gempar, Ayat Suci Hilang Dari Al-Quran! ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.