Menteri Besar Selangor Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat? adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Menteri Besar Selangor Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat? membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Menteri Besar Selangor Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat?






Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan bakal melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam satu perbincangan di antara kepimpinan tertinggi PKR, DAP dan PAS negeri.

Menurut sumber, nama pengganti Abdul Khalid masih dirahsiakan dan perjumpaan dengan pihak istana tidak akan dibuat pada Isnin.


“Perbincangan sedang dibuat sekarang. Tiada sebarang pengumuman dijangka dibuat hari ini. Khalid sah ditukar,” jelas sumber itu.


Pada pagi Isnin, tersebar mesej di laman sosial WhatsApp mengenai pertukaran Abdul Khalid dan digantikan dengan nama seorang exco kerajaan negeri.



Sejak malam Ahad, sistem Whatsapp kebanyakan pengamal media kini dipenuhi dengan maklumat palsu mengenai kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat perletakkan jawatannya.

Ia dilihat langkah memberi tekanan kepada Abdul Khalid daripada partinya sendiri supaya melepaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Mesej itu dinafikan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.


Sejak beberapa bulan lalu Abdul Khalid menerima tekanan termasuk daripada pemimpin PKR sendiri supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.


Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Shuhaimi Shafie mengakui bahawa ‘Langkah kajang’ merupakan usaha menggulingkan Khalid daripada takhta Menteri Besar Selangor.


Bagaimanapun strategi ‘langkah Kajang’ itu dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid.


Terkini, Abdul Khalid gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Menteri Besar Selangor Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat? ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.