Melayu Murtad Bengang Lihat Ibu Solat, Mengaji adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Melayu Murtad Bengang Lihat Ibu Solat, Mengaji membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Melayu Murtad Bengang Lihat Ibu Solat, Mengaji





Kuala Terengganu – – Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian.

Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.


Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kediaman mereka di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 9 malam.


Susulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.


Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.


Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.


Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata ‘aku hendak bunuh mu’ beberapa kali.


Terkejut melihat keadaan anaknya yang seperti dirasuk, suri rumah terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan.


Difahamkan, Ismail bertindak sedemikian kerana marah dan melarang mangsa solat serta mengaji kerana mendakwa telah mengamalkan dan bertukar agama kepada Kristian.


Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam 2.15 pagi, Ismail ditangkap di rumahnya.


Incoming search terms:



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Melayu Murtad Bengang Lihat Ibu Solat, Mengaji ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.