Malaysia Hantar Balik Muhammad Rizalman Ke New Zealand adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Malaysia Hantar Balik Muhammad Rizalman Ke New Zealand membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Malaysia Hantar Balik Muhammad Rizalman Ke New Zealand





Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik seorang bekas kakitangan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, ke New Zealand untuk membantu penyiasatan terhadap tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Rabu berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah menyampaikan keputusan itu kepada rakan sejawatnya, Murray McCully, petang ini.


Menurut kenyataan itu, Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail, bekas pembantu staf pertahanan di kedutaan tersebut, akan diiringi seorang pegawai kanan tentera daripada Kementerian Pertahanan.


“Malaysia mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem undang-undang New Zealand dan yakin bahawa Muhammad Rizalman akan diberi layanan yang adil dan secara bermaruah sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang,” tambahnya.


“Keputusan kerajaan Malaysia adalah bukti jelas mengenai hubungan dua hala yang cemerlang antara Malaysia dan New Zealand,” menurut kenyataan itu.


Menurut Wisma Putra, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan itu akan memberi peluang kepada Muhammad Rizalman untuk bekerjasama sepenuhnya dan membantu pihak berkuasa New Zealand dalam siasatan yang dijalankan atas dakwaan terhadapnya.


“Dalam hal ini, prinsip undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah perlu diguna pakai kepada Muhammad Rizalman.


“Kerajaan Malaysia akan menyediakan bantuan guaman kepadanya jika perlu,” katanya.


Muhammad Rizalman, 38, ditahan di New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita muda dengan niat untuk merogol.


Semalam, Anifah dalam sidang media berkata Muhammad Rizalman dan keluarganya telah dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei lepas dengan persetujuan pihak New Zealand.


Beliau berkata semasa perbincangan antara pegawai-pegawai Malaysia dan New Zealand mengenai perkara itu pada 12 Mei lepas, pihak New Zealand telah menawarkan alternatif untuk Muhammad Rizalman di bawa balik ke Malaysia.


McCully dilaporkan berkata bahawa kemungkinan terdapat kekaburan dalam komunikasi antara kedua-dua negara itu dalam menangani kes tersebut.



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Malaysia Hantar Balik Muhammad Rizalman Ke New Zealand ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.