LAN SANGGUP PINJAM RM20,000 UNTUK BERTARUH JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya LAN SANGGUP PINJAM RM20,000 UNTUK BERTARUH JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Kuala Lumpur: ‘Lu (awak) mahu mati sendiri (bunuh diri) atau kita buat lu mati sakit. bayar hutang! jangan mahu lari’.
Itulah mesej ugutan yang diterima oleh seorang mekanik motosikal selepas gagal membayar hutang Ah Long haram yang digunakannya untuk bertaruh judi bola sepak Piala Dunia.
Lelaki kurang cerdik yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 35, kini hidup ibarat pelarian gara-gara tindakan bodohnya berhutang dengan ah long yang membabitkan RM20,000 pada 29 Jun lalu.
Lan meminjam wang dari seorang Ah Long yang menawarkan pinjaman bagi pertaruhan bola sepak yang membabitkan perlawanan antara Uruguay dan Colombia.
"Saya meletakkan semua wang pertaruhan pada 'bookie' kerana yakin 100% Uruguay mampu membelasah Colombia. Malah, kelibat bintang penyerang Uruguay seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani menyebabkan saya yakin pasukan itu mampu mencatatkan kemenangan besar, sekali gus memasuki pusingan suku akhir Piala Dunia,” katanya.
Ah Long terbabit turut memberi pinjaman kepada beberapa rakannya dengan syarat dia membayar RM1,200 seminggu termasuk faedah pinjaman 10%.
"Dia hanya mahukan salinan Mykad saya selain lokasi bengkel saya bekerja. Saya tidak fikirkan risiko ketika itu kerana yakin pertaruhan itu berbaloi dan saya akan mendapat pulangan berganda. Sebelum ini saya pernah bertaruh dan menang,” katanya.
Malangnya, pasukan Uruguay tewas kepada Colombia. Ketika itu barulah dia sedar bahawa sukarnya mendapat RM1,200 seminggu atau RM4,800 sebulan dengan gaji bulanannya hanya sekitar RM2,000.
“Saya cuba hubungi Along dan minta supaya jumlah bayaran hutang itu dikurangkan. Namun permintaan saya itu ditolak kerana Along mendakwa saya sudah bersetuju dengan syarat sebelum ini. Malah Along minta saya dapatkan bantuan dari ahli keluarga dan dan jual kereta jika tidak mampu bayar hutang itu. Malah Along berulang kali menghantar SMS dan datang ke bengkel saya meminta hutang berkenaan,” katanya.
Akibat tak dapat membayar hutang itu, mangsa bertindak mengambil ‘cuti’ dan lari bersenbunyi di rumah adiknya di Ampang. - Harian Metro
LAN SANGGUP PINJAM RM20,000 UNTUK BERTARUH JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA

LAN SANGGUP PINJAM RM20,000 UNTUK BERTARUH JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment