Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014 adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014 membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014




Berikut adalah kesan buruk pencemaran udara terhadap kesihatan manusia dan juga hidupan lain. Pelajar yang memilih tajuk isu pencemaran udara mestilah menghuraikan isi penting kesan pencemaran udara di kawasan anda dengan jelas dan teratur. Markah bagi karangan kesan pencemaran udara adalah 20 markah.



Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014


Antarakesan pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, penyebab kejadian hujan asid, jerebu, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.


Kesan pencemaran udara terhadap Kesihatan Manusia adalah menjejaskan sistem pernafasan. Karbon monoksida gas yang terhasil daripada pembakaran asap ekzoz kereta boleh mendatangkan bahaya kepada paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menyebabkan inflamasi pada paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.


Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.


Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan terancam dan terbunuh. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.


Kesan pencemaran udara boleh menyebabkan penipisan Lapisan Ozon. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk merupakan faktor utama penipisan lapisan ozon. Seperti sedia maklum, lapisan ozon berfungsi untuk melindungi manusia daripada sinaran terus pancaran matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia.


Selain itu, pencemaran udara juga boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.


Fenomena jerebu pula kebiasaannya berlaku ketika cuaca panas dan kering. Jerebuadalah kesan daripada pencemaran udara hasil daripada pembakaran terbuka yang berleluasa. Udara yang tercemar dengan jerebu hanya mengandungi debu yang berbahaya terhadap sistem pernafasan manusia. Disamping itu, jerebu juga boleh menjejaskan tahap jarak penglihatan manusia.


Markah Penuh: 20 Markah


Incoming search terms:



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014 ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.