Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia






Soalan: Huraikan kepentingan perpaduan kaum di Malaysia dengan tepat dan lengkap berserta contoh-contoh yang sesuai. Markah yang diperuntukkan untuk soalan ini berjumlah 15 markah.

Jawapan: Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia adalah mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Tanpa persefahaman diantara kaum, negara Malaysia yang terdiri daripada pada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain akan huru hara. Maka, peristiwa 13 Mei 1996 akan berulang dimana rusuhan kaum telah tercetus dan merupakan kemuncak masalah perpaduan dalam sejarah Malaysia.


Kepentingan perpaduan ialah dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.


Selain itu, perpaduan kaum juga dapat membangunkan ekonomi negara. Keharmonian masyrarakat majmuk di Malaysia akan meningkatkan keyakinan pelabur asing di Malaysia. Isu perbalahan kaum di Malaysia yang tercetus akan menyebabkan pelabur asing mengganggap ekonomi dan politik Malaysia tidak stabil.


Perpaduan kaum juga dapat mewujudkan masyarkat yang saling menghormati. Di Malaysia, setiap kaum mempunyai pegangan adat, budaya dan agama yang tersendiri Setiap individu haruslah menghormati agama lain dengan tidak menghina agama yang dianuti bagi mengekalkan semangat perpaduan.


Perpaduan kaum juga dapat meningkatkan kadar pelancong asing ke Malaysia. Ramai pelancong asing datang ke Malaysia hanya untuk mengenali adat, budaya dan lokasi menarik di Malaysia. Jika perbalahan kaum berlaku, pelancong asing akan merasakan negara Malaysia tidak selamat untuk dikunjungi.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.