ISRAEL BIMBANG KEMPEN BOIKOT DITERUSKAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya ISRAEL BIMBANG KEMPEN BOIKOT DITERUSKAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





ISRAEL BIMBANG KEMPEN BOIKOT DITERUSKAN









TEL AVIV - Di dalam keasyikan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan mula bimbang dan takut susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.



Perdana Menterinya Israel, Benjamin Netanyahu menganggap kempen boikot itu ancaman besar kepada ekonomi negara jika ia benar-benar dilaksanakan.



Susulan ancaman dari beberapa negara termasuk Britain, Netanyahu mengadakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk mencari jalan penyelesaian.



“Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” petik laporan Jpost.



Sebelum ini, pada Februari lalu Menteri Luar Negara Amerika Syarikat, John Kerry pernah menyuarakan ancaman boikot jika rundingan damai Israel dengan Palestin gagal ketika menjadi perantaraan rundingan damai mereka. Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) turut menyatakan pendirian yang sama terhadap Israel.



Dilaporkan juga, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.



“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya.



Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz berpendapat, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius.



“Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini sayu ugutan,” katanya dipetik Jpost



Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri.



“Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri. Dunia sedang memerhati AS dalam rundingan damai ini.



"Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggung jawab dan akan ada harga yang harus dibayar,” katanya. - SINAR HARIAN




ISRAEL BIMBANG KEMPEN BOIKOT DITERUSKAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.