Dua remaja curi lapan tabung masjid adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Dua remaja curi lapan tabung masjid membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Dua remaja curi lapan tabung masjid










Jasin: Kariah Masjid Al-Khauthar, Umbai, di sini, dikejutkan dengan kecurian lapan tabung milik masjid itu oleh dua remaja lelaki awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.30 pagi, dua remaja lelaki itu dipercayai menggunakan laluan belakang masjid dengan meletakkan motosikal berhampiran Tanah Perkuburan Islam Umbai sebelum masuk melalui ke ruangan solat wanita dan mengumpil pintu jeriji.



Kejadian itu disedari jemaah yang datang ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat subuh dan sebelum ini memang pernah ada kejadian kecurian seperti ini dan pihak masjid sepakat memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan.



Berdasarkan rakaman CCTV dapati dua remaja lelaki mengambil masa selama satu jam untuk melarikan wang daripada tabung tabung masjid.

FotoPERBUATAN dua remaja mencuri dirakam CCTV.



Sementara itu, Ketua Polis Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan menerusi CCTV yang diserahkan oleh jawatankuasa masjid.



Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda, jika sabit kesalahan.



sumber




Dua remaja curi lapan tabung masjid ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.