Dua Jururawat Pelatih Mati Ditembak Di Yala (2 Gambar) adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Dua Jururawat Pelatih Mati Ditembak Di Yala (2 Gambar) membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Dua Jururawat Pelatih Mati Ditembak Di Yala (2 Gambar)






Dua orang pelatih jururawat terkorban dalam serangan bersenjata ketika membeli belah hari ini selepas pihak yang menamakan diri mereka sebagai Pejuang Patani mengeluarkan surat amaran kepada penduduk beragama Buddha.

Kapten Montree Vijitwed, Pegawai Polis Siasatan Balai Polis Yala, berkata kedua-dua mangsa yang berumur 21 dan 29 tahun telah dibunuh dengan satu das tembakan di bahagian kepala oleh dua orang lelaki.


Kedua-dua mangsa adalah pelajar jururawat dari Kolej Kejururawatan Srinthon Wilayah Yala dan sedang dalam latihan di Hospital Somdej Prayuparaj Yala sejak 1 Julai lepas.



Ketika kejadian kedua-duanya sedang membeli belah di pekan Kampung Lako.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut untuk menentukan sama ada ia ada kaitan dengan pergolakan di tiga wilayah di selatan Thailand.


Semalam, lapan orang penganut Buddha di tembak di Krong Pinang dan sebutir bom diletupkan di hadapan sekolah di daerah Weang, Narathiwat .


Selepas kejadian letupan bom tersebut, pihak polis telah menemui sepucuk surat dalam bahasa Thai yang memberi amaran kepada penganut Buddha, sama ada guru atau orang awam, bahawa keselamatan mereka tidak terjamin selagi umat Islam yang tidak berdosa ditangkap dan dibunuh oleh pihak Thailand.


Ia dikatakan ditulis oleh pihak yang menamakan diri mereka Pejuang Patani.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Dua Jururawat Pelatih Mati Ditembak Di Yala (2 Gambar) ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.