Buffet Ramadhan Jual Arak! adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Buffet Ramadhan Jual Arak! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Buffet Ramadhan Jual Arak!





Berselindung di sebalik istilah perkataan Melayu, sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur dikesan menawarkan bufet Ramadan tanpa mempunyai pengiktirafan sijil halal.

Hasil serbuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mendapati premis itu turut menjual arak.


Difahamkan, restoran yang menyediakan bufet Ramadan pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak) itu aktif menjual arak pada waktu malam.


Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman berkata, restoran berkenaan didapati gagal mempamerkan sijil halal dan tidak mendapat kebenaran daripada Jakim untuk mengadakan promosi bufet Ramadan.


“Kita telah rampas kain rentang yang memaparkan iklan bufet Ramadan dan sekotak minuman keras sebagai bahan bukti. Buat masa ini, operasi restoran berjalan seperti biasa tetapi tidak dibenarkan mengadakan promosi bufet Ramadan sehingga siasatan lengkap dijalankan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Menurutnya, restoran tersebut akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 selain pemantauan berterusan dilakukan jika masih menerima aduan menawarkan bufet Ramadan.



Beliau turut menggesa orang ramai supaya memilih premis sama ada restoran atau hotel yang mempunyai sijil halal diperakui Jakim sahaja.

Operasi pertama Ops Bufet Ramadan yang bermula pada jam 11 pagi itu membabitkan 13 anggota dan akan diteruskan sepanjang Ramadan, fokus kepada restoran dan hotel sekitar Kuala Lumpur.


Katanya, pihaknya berharap orang ramai tampil membuat aduan bagi membolehkan tindakan diambil kepada premis yang terlibat menyalahgunakan sijil halal.


“Setakat ini, sebanyak 10 aduan diterima terhadap lebih 10 premis yang menawarkan bufet Ramadan tanpa sijil halal selain menyediakan minuman beralkohol,” katanya.


Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengingatkan pengusaha supaya tidak menggunakan ungkapan seperti ‘Bufet Ramadan’, ‘Makanan Berbuka Puasa’, ‘Iftar Ramadan’ atau ‘Makanan Bersahur’ sewenang-wenangnya yang boleh mengelirukan pengguna Islam.



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Buffet Ramadhan Jual Arak! ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.