Bimbang Difitnah Punca Almy Nadia Tak Hebohkan Berita Kehamilan adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Bimbang Difitnah Punca Almy Nadia Tak Hebohkan Berita Kehamilan membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Bimbang Difitnah Punca Almy Nadia Tak Hebohkan Berita Kehamilan





Pengalaman serta perjalanan hidup aktres cantik Almy Nadia yang dihimpit pelbagai kisah pahit juga manis memberi kesan yang mendalam kepadanya. Yang paling terkesan antaranya kisah suka duka percintaannya dengan aktor, Fizz Fairuz yang kini telah selamat menjadi suami kepadanya sejak April lalu.

Almy yang dilaporkan telah pun berbadan dua melalui sebuah entri yang dimuatnaik oleh temannya di media sosial Instagram minggu lalu, telah mengundang pertanyaan ramai yang ingin tahu kebenaran perkhabaran tersebut.


Bakal memasuki minggu kelima, aktres tersebut mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui pada majlis iftar Azwan Ali bersama anak-anak yatim yang diadakan di Shah Alam, Sabtu lepas.


“Memang benar saya kini berbadan dua. Entri di Instagram teman saya itu memang benar dan dia telah meminta kebenaran saya untuk berbuat demikian. Saya sendiri bukan tidak mahu mengumumkan perkara ini tetapi ini adalah keputusan saya bersama suami dan keluarga.


“Seperti mana yang umum tahu sebelum ini macam-macam hal serta kontroversi yang harus saya hadapi jadi saya lebih berjaga-jaga.


“Kalau orang dapat tahu, biarlah mereka tahu tetapi saya sendiri dah buat keputusan untuk tidak membicarakan perkara ini(mengandung) secara terbuka di mana-mana.


“Sedangkan bila tidak diumumkan pun ada yang fitnah saya dan mempersoalkan kandungan ini, jadi biarlah apa pun hal peribadi saya selepas ini yang mana perlu saya kongsi tapi rasanya saya pilih untuk tidak selalunya berbuat demikian,” tegasnya dalam nada kesal kerana melalui waktu yang menduga kesabarannya ketika sebelum berkahwin dengan Fizz Fairuz.


Berbicara mengenai kandungan tersebut, dia mendapat tahu mengenainya pada 1 Ramadan yang lepas. Tambah Almy juga, jika selepas bayi dilahirkan pun dia tetap akan cuba bersikap lebih privasi mengenainya.


Namun dia tidak menolak atau membantah jika anaknya kelak turut terjun ke bidang hiburan mengikut jejak langkah ibu dan ayahnya.



This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Bimbang Difitnah Punca Almy Nadia Tak Hebohkan Berita Kehamilan ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.