Bayar RM30 Dapat Amoi Vietnam Seksi
Berhibur ditemani gadis genit berpakaian seksi. Itu antara pakej ditawarkan pengusaha pusat hiburan di jalan Bandar 19, Pusat Bandar Puchong sejak beberapa bulan lalu.
Pengunjung dikatakan bukan sahaja boleh menikmati minuman keras namun turut ditawarkan seorang gadis muda berpakaian seksi dengan bayaran RM30.
Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, bertindak atas maklumat awam, premis terbabit diserbu dalam Ops Noda malam Sabtu lalu.
Menurutnya, dalam serbuan itu seorang penjaga premis ditahan bersama 29 gadis warga Vietnam berusia lingkungan 20-an.
“Pengusaha didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen dan menggaji pekerja asing tanpa permit.
“Semua gadis dicekup pula didapati tidak mempunyai permit bekerja di negara ini secara sah,” katanya.
Beliau berkata, pengusaha menawarkan layanan gadis muda itu bagi menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke premisnya.
Menurutnya, gadis itu akan menjadi teman sosial pelanggan sehingga premis menamatkan operasi.
“Bayaran dikenakan untuk khidmat itu dan pelanggan juga biasanya akan memberikan tip ekstra kepada gadis yang menjadi teman mereka berhibur.
“Malah jika suka sama suka, pelanggan yang mahukan layanan lebih akan membawa gadis itu pulang untuk khidmat tambahan,” katanya.
Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen.
Incoming search terms:
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment