Bahan peninggalan Titanic mula dilelong di New York adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Bahan peninggalan Titanic mula dilelong di New York membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Bahan peninggalan Titanic mula dilelong di New York





Sekeping menu hidangan di dalam Titanic, akhbar ketika nahas dan beberapa peninggalan yang berkaitan dengan tenggelamnya kapal persiaran mewah yang mencetuskan sejarah itu mula dijual di New York, esok.


Ia bersempena genapnya 100 tahun tragedi nahas kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara yang mengorbankan 1,500 orang.


Lelongan di Bonhams itu juga membabitkan tiket asal untuk menyaksikan pelancaran pelalayaran kapal mewah itu di Belfast, Ireland Utara sehingga kapal itu kekal tenggelam di perut laut.


Tiket berkenaan dianggarkan boleh mencapai harga lelongan antara AS$50,000 hinga AS$70,000 manakala satu dokumen akaun ketika operasi menyelamat yang dibuat Arthur Henry Rostron, kapten kapal Carpathia yang terbabit dalam menyelamatkan mangsa, juga dianggarkan mencecah harga AS$90,000 sehingga AS$120,000.


Menu dalam kapal mewah Titanic bermula 12 April 1911 itu pula dianggarkan berharga AS$25,000 hingga AS$35,000.


Surat yang ditulis mangsa yang terselamat dan beberapa lagi bahan peringatan mengenai Titanic, termasuk filem terhebat “Titanic” pada 1997 juga akan dijual.


Sekeping permaidani yang dibuat khas untuk Titanic tetapi tidak pernah digunakan juga ditawarkan untuk dijual dengan anggaran nilainya mencecah AS$15,000 hingga AS$25,000.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Bahan peninggalan Titanic mula dilelong di New York ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.