AS tahan Shah Rukh Khan, India marah adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya AS tahan Shah Rukh Khan, India marah membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





AS tahan Shah Rukh Khan, India marah





http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.39776.1334332718!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpgIndia melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains, New York hari ini. Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.


Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains dengan menaiki pesawat peribadi untuk menghadiri satu majlis di Universiti Yale.


Pihak berkuasa kastam dan perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden itu.


Jurucakap Kedutaan AS di Delhi, Peter Vrooman juga memohon maaf “jika Shah Rukh Khan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa atau sebarang kelewatan.”


Tidak jelas sebab aktor itu ditahan di lapangan itu.


Pada 2009, Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Newark dan kemudian dibebaskan selepas campur tangan India di AS.


Ketika itu, Shah Rukh Khan berkata dia ditahan sebab membawa nama Islam.


Pegawai-pegawai AS menafikan Shah Rukh Khan ditahan, tetapi menekankan bahawa dia hanya disoal siasat.


“Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal,” kata Krishna hari ini.


Krishna juga telah meminta Duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





AS tahan Shah Rukh Khan, India marah ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.