Anakku Pergi Jua…
Selepas seminggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat mengalami kecederaan parah di kepala ketika dijaga pengasuhnya, seorang bayi lelaki berusia 18 bulan menghembuskan nafas terakhirnya, pagi semalam.
Lebih menyayat hati, bayi malang yang baru pandai berjalan dan memanggil ‘papa’ serta ‘mama’ itu mengalami pendarahan dalam otak hingga mengakibatkan kepalanya membengkak.
Mangsa, Muhammad Khalish Hadif Kamarul Zaman Shah dimasukkan ke HRPB pada 1 Julai lalu selepas didapati sesak nafas ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di Dataran Rapat Baru.
Nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Napisah, 70, berkata, anak bongsunya, Azlina yang juga ibu kepada mangsa menghantar Muhammad Khalish ke rumah pengasuh sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon oleh pengasuh terbabit mengatakan mangsa sesak nafas dan dihantar ke klinik berhampiran.
“Pihak klinik kemudian bertindak menghantar cucu saya ke HRPB kerana terdapat pendarahan pada kepala mangsa dan sebaik sampai di hospital, ibu mangsa yang bertugas sebagai Ketua Jururawat Unit Rawatan Rapi (HRPB) mendapati Muhammad Khalish tidak sedar diri.
“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat darah beku dalam otak mangsa dan pembedahan segera dilakukan, namun selepas seminggu dirawat di hospital, cucu saya itu disahkan sudah meninggal dunia dan bantuan pernafasannya dicabut,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, di sini, semalam.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment