"ANDAI AJAL TIBA, BIAR KITA BERSAMA" adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya "ANDAI AJAL TIBA, BIAR KITA BERSAMA" membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





"ANDAI AJAL TIBA, BIAR KITA BERSAMA"



Gaza: “Suatu hari sebuah bangunan berhampiran kami dibom dengan misil. Kami nampak ada bebola api besar dan cahaya terang,” kata seorang wanita Palestin, Zahra, menceritakan detik awal Gaza diserang minggu lalu.



Seperti kebanyakan penduduk Gaza, dia dan keluarganya tidak tidur pada malam itu, sebaliknya hanya terlena kira-kira jam 8 pagi keesokan harinya. Kemudian, mereka difahamkan Israel cuba menyasarkan bangunan disyaki tempat persembunyian pejuang Hamas di kejiranan Tel al-Hawa, namun sebaliknya yang menjadi mangsa adalah sebuah klinik serta mengorbankan pemiliknya, Dr Anas Rizaq Abu al-Kas, 33. Dia adalah sebahagian daripada lebih 165 penduduk Gaza yang terbunuh akibat serangan tentera rejim Zionis.



Kata Zahra, ibu dan bapa doktor itu terkorban oleh serangan Israel ketika Gaza diganyang pada 2012.



“Hidup di sini memang sentiasa dalam kebimbangan.



“Ketika siang, kami menanti malam tetapi apabila malam, kami menanti siang.



“Kami menunggu masa giliran rumah ini menjadi rumah penyembelihan,” katanya.






BUDAK lelaki Palestin semalam melukis di sebuah sekolah kendalian PBB yang menjadi tempat perlindungannya sejak Gaza diserang rejim Zionis.



Menurut Zahra, baru beberapa jam sebelum ditemui media dia diberitahu bahawa sebuah keluarga dari Rafah terbunuh. Katanya, serangan itu sengaja disasarkan kepada keluarga terbabit kerana seorang daripada mereka menjadi anggota Jihad Islam yang gigih memerangi Israel. Kenyataan itu selaras dengan pengumuman Pusat Hak Asasi Manusia Palestin yang menyatakan jet tentera Israel melancarkan tiga peluru berpandu - tanpa amaran lebih awal - ke arah rumah Abdul Raziq Hassan al-Ghannam, 58. Akibatnya, Abdul Raziq, isteri, anak serta beberapa saudaranya terkorban. Seorang daripada mereka, Kifah Shaker al-Ghannam, 33, adalah orang kurang upaya kerana pekak. Tujuh jiran mereka pula cedera. Kurang dari sejam sebelum itu (4.34 pagi) sebuah jet Israel mengebom satu terowong di kejiranan Sha’ath di Rafah. Nour Marwan al-Nijdi, 10, terbunuh akibat terkena serpihan bom, manakala abangnya, Abdul Rahman, 15, dan ibunya, Salwa Ahmed al-Nijdi, 49, cedera.



Semua mereka berada dalam rumah ketika serangan dilancarkan. Dengan suara perlahan, Zahra berkata, penduduk di situ tidak tahu misil yang dilancar tentera Zionis akan meragut nyawa mereka.



“Justeru, saya sentiasa berpesan kepada anak-anak dan suami bahawa kami perlu sentiasa bersama dan duduk di tempat sama.



“Jika takdirnya ada bom disasar ke sini, biar kami semua mati bersama-sama,” katanya. Sementara itu anak perempuan bongsu Zahra pula mengakui dia sentiasa ketakutan untuk mandi kerana bimbang jika peluru berpandu Israel menyerang ketika itu. Untuk memujuk anaknya, Zahra berkata, dia menggalakkan mereka mandi seperti biasa.



“Biarlah kita mati dalam keadaan bersih,” katanya. Pada masa sama, anaknya juga kadang-kadang begitu tabah berbanding Zahra.



Jika Zahra kelihatan bimbang, mereka akan menenangkannya dan berpesan: “Cuma ada dua keadaan yang di depan kita - hidup bersama, atau mati bersama.” Mengenai nasib mereka yang tidak terbela, Zahra sempat bertanya kepada wartawan mengenai pendirian pemimpin Arab, Eropah malah Tebing Barat.



“Golongan cerdik pandai di sana cuba tahu menulis puisi dan takut kepada Mahmoud Abbas (pemimpin Fatah di Tebing Barat), bukan Yahudi.



“Nampaknya ini memang takdir kami - terpaksa hidup di bawah kawalan jarak jauh tentera Israel,” katanya. Seorang lagi wanita Gaza, Fatma berkata, dia dan keluarganya tidak tidur lebih 24 jam sejak wilayah itu diserang, “Kami tidak keluar rumah, tidak tahu apa khabar saudara-mara lain dan terseksa kerana tiada bekalan elektrik di kawasan petempatan panas begini,” katanya. Latifah - dari Rafah - pula berkata dia juga ketakutan apabila mendengar letupan bom di kawasan itu.



“Anak perempuan saya bertanya: Mengapa mereka mengebom kami ketika Ramadan?” katanya. - Agensi




"ANDAI AJAL TIBA, BIAR KITA BERSAMA" ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.