5 MANGSA TERCIRIT GARA-GARA BUBUR LAMBUK BAZAR RAMADHAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya 5 MANGSA TERCIRIT GARA-GARA BUBUR LAMBUK BAZAR RAMADHAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





5 MANGSA TERCIRIT GARA-GARA BUBUR LAMBUK BAZAR RAMADHAN







Tanjung Karang: Lima lagi mangsa keracunan makanan akibat makan sajian dijual di bazar Ramadan dilaporkan di negeri ini menjadikan ia kes kedua dalam tempoh kira-kira 10 hari selepas kes pertama dilaporkan hari pertama Ramadan lalu.



Selepas kejadian menimpa sebuah keluarga di Taman Sri Muda, Shah Alam kini giliran dua keluarga di daerah ini menerima nasib sama, namun akibat juadah berbeza kerana kali ini punca kejadian dipercayai akibat bubur lambuk.



Kelima-lima mangsa iaitu empat kanak-kanak dan seorang dewasa mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menikmati bubur lambuk yang dibeli di pasar Ramadan, di sini, petang kelmarin.



Akibatnya, mereka dirawat di Hospital Tanjung Karang (HTK) selepas muntah-muntah sehingga tidak bermaya selain mengalami kekurangan air dalam badan.




AZMI (kanan) bersama keluarga di HTK, semalam.



Pengarah HTK, Dr Mohd Zamri Saim, mengesahkan pihaknya sedang merawat lima pesakit yang dipercayai mengalami keracunan makanan dan sedang melakukan pemantauan dengan meletakkan pesakit di wad berisiko sederhana bagi memastikan mereka tidak mengalami masalahkekurangan air dalam badan.



“Mereka kini stabil dan akan mendapatkan sampel makanan yang disyaki untuk diuji.



“Kita juga memaklumkan perkara ini kepada Inspektor Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Kuala Selangor dan sudah dimaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan dan mengambil keterangan daripada mangsa bagi mengesahkan punca keracunan makanan,” katanya.



Sementara itu, bapa seorang daripada mangsa, Azmi Abdul Azis, 33, yang menetap di Taman Raja Musa, di sini berkata, dia tidak menyangka bubur lambuk yang dibeli untuk dua orang anaknya, Muhammad Zul Rayyan Nazmi yang berusia dua tahun dan Nurzulaikha Qystina, yang berusia lima tahun menyebabkan anaknya itu muntah-muntah dan mengalami cirit-birit hingga dikejarkan ke wad kecemasan HTK jam 1 pagi, semalam berkemungkinan mengalamin dihidrasi atau kekurangan air dalam badan. - Harian Metro




5 MANGSA TERCIRIT GARA-GARA BUBUR LAMBUK BAZAR RAMADHAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.