3 GAMBAR AZIZUL SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya 3 GAMBAR AZIZUL SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Dia yang dibebaskan Rabu lalu, menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Sweden, dan transit di London, sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Azizul Raheem meluahkan rasa syukur, kerana berpeluang bertemu dengan anak-anaknya sebaik tiba di tanah air, selepas tujuh bulan dipenjarakan.
“Alhamdulillah, saya selamat sampai. Kini harapan saya hendak bertemu keluarga.
“Saya mohon jasa baik rakyat Malaysia mendoakan isteri saya, Shalwati Nor Shal, yang masih ditahan dan bakal dibebaskan 29 September akan datang,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, isterinya, 46 tahun, sihat dan berharap dia akan dibebaskan secepat mungkin supaya dapat bersama anak-anaknya.
“Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan, saya dibebaskan dan dapat meraikan Syawal bersama keluarga.
“Hari inipun hari jadi ibu saya. InsyaAllah, kami akan berbincang untuk sambutan Aidilfitri nanti, dan buat masa ini, kami akan menetap di Kuala Lumpur sehingga isteri saya pulang,” katanya.
Berkongsi pengalaman pahit di penjara Sweden, Azizul Raheem berkata, layanan warden penjara di sana agak kasar dan dia tidak diberikan makanan halal sepanjang berada di sana.
“Selama di sana, saya hanya makan sayur-sayuran, kerana pihak penjara tidak menyediakan makanan halal,” katanya yang bersyukur dapat melepaskan kerinduan, apabila bertemu semula dengan anak-anak dan keluarga selepas tujuh bulan dipenjarakan.
Katanya, kalau boleh, dia tidak mahu lagi pulang ke Sweden.
“Apa yang terjadi biarlah berlalu. Jika saya diadili di Malaysia, sudah tentu saya tidak bersalah.
“Saya nasihatkan kepada mana-mana warga Malaysia yang bertugas di luar negara supaya mengambil tahu undang-undang mereka ditugaskan, kerana ia tidak sama di negara sendiri yang jauh lebih baik,” katanya.
Tambahnya, jika ada yang bermasalah di luar negara, silalah rujuk kepada Kedutaan Malaysia.
Azizul Raheem didapati bersalah atas pertuduhan mencabul integriti anak lelaki mereka, Ammar, 13 tahun, serta mendera Aishah, 15 tahun, dan Adam, 12 tahun.
Bagaimanapun, Azizul Raheem bebas daripada sebarang pertuduhan melakukan kesalahan terhadap anak bongsu mereka, Arif yang berusia lapan tahun.
Sementara itu, Shalwati didapati bersalah kerana mencabul integriti Aishah dan Ammar serta mendera dua lagi anak mereka.
Selain itu, pasangan berkenaan juga diarah membayar pampasan kepada kanak-kanak mereka, bagi kesalahan yang diputuskan mahkamah berkenaan.
Mahkamah Sweden turut memutuskan, kesalahan itu sebagai satu pencabulan serius terhadap integriti kanak-kanak yang membabitkan keganasan berulang dan sistematik, selepas menganalisis beberapa video rakaman temu bual antara pihak polis dengan kanak-kanak itu selama 30 jam.
Kes itu juga telah mengejutkan beberapa pakar hak asasi kanak-kanak di Sweden dan mencetuskan kemarahan penduduk di Malaysia, di mana tindakan memukul kanak-kanak bukan satu jenayah.
Sweden merupakan negara pertama di dunia yang mengharamkan tindakan memukul kanak-kanak pada 1979, yang kemudiannya diikuti 36 negara lain.
Pada 10 Februari lalu, Azizul Raheem dan Shalwati didakwa atas pelbagai pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan cara ‘memukul dan mendera anak-anak mereka’.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di kediaman mereka di Spanga, di pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember tahun lalu.
Perbicaraan di mahkamah itu bermula pada 18 Februari dan berakhir pada 14 Mac lalu.
Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden, sebelum mereka dibawa pulang ke Malaysia.
Kini, keempat-empat anak pasangan itu diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.
Kesemua anak-anak pasangan itu meluahkan rasa gembira apabila berpeluang bertemu dengan bapa mereka, namun enggan diwawancara, lapor TRP.
3 GAMBAR AZIZUL SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA
KUALA LUMPUR - Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang didakwa mendera anak-anaknya di Stockholm, Sweden, Februari lalu, selamat pulang ke tanah air jam 5.30 petang Selasa.

3 GAMBAR AZIZUL SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment