VIDEO LUAHAN SUAMI ISTERI HAMIL DIHALAU DARI PESAWAT AIR ASIA adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya VIDEO LUAHAN SUAMI ISTERI HAMIL DIHALAU DARI PESAWAT AIR ASIA membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





VIDEO LUAHAN SUAMI ISTERI HAMIL DIHALAU DARI PESAWAT AIR ASIA







Sepang- Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sebelum ini telah menerima pelbagai kecaman khususnya para pengguna media sosial berikutan mutu perkhidmatan yang mengecewakan serta sikap sambil lewa khususnya dalam memberi penjelasan dan pertolongan kepada penumpang yang berdepan masalah.



Terbaru syarikat penerbangan tambang murah itu sekali lagi disifatkan gagal menggunakan logik akal dan budi bicara yang waras hanya kerana ingin mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan apabila ‘menghalau’ penumpang yang ingin menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir.



Pasang suami isteri dan anak yang bergegas pulang dari Seoul, Korea Selatan sejurus selaps mendapat berita kematian ayahnya itu, tidak dibenarkan menaiki pesawat tersebut atas alasan melanggar syarat penerbangan yang ditetapkan.



Menurut pasangan terbabit, Air Asia enggan membenarkan mereka menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu malam tadi kerana isterinya sedang mengandung 7 bulan.



Salah seorang pengguna Facebook, Anuar Ahmad yang secara kebetulan berada di ditempat kejadian turut mempersoalkan tindakan AirAsia itu.






“Perjalanan dari Seoul ke KL menaiki MAS selama 5 jam berjalan lancar.



“Di KLIA mereka melepasi semua kawalan keselamatan pihak berkuasa airport. Malangnya dihalau keluar dari kapal terbang oleh pilot atas alasan si isteri mengandung dan akan masuk 7 bulan, kesian melihat pasangan ini yang tak sempat menatap wajah arwah bapa yang telah dikebumkan.



“Apalah sangat perjalanan 40 minit ke KT berbanding 5 jam yang dibenarkan oleh MAS.. Untuk itu walaupun MAS rugi, pujian saya pada staf MAS yang punyai rasa kemanusiaan yang tinggi” ujarnya semalam.



Wartawan SuaraTV cuba menghubungi pegawai komonunikasi korporat AirAsia bagi mendapatkan maklumbalas berhubung insiden tersebut, namun gagal kerana ‘bukan masa



AirAsia sebelum ini pernah dikritik hebat apabila gagal memberikan bantuan yang sewajarnya berhubung insiden malang yang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, yang dilarang menaiki pesawat AK 1455 di lapangan terbang Ho Chi Min, Vietnam. -sumber








VIDEO LUAHAN SUAMI ISTERI HAMIL DIHALAU DARI PESAWAT AIR ASIA ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.