Subhanallah! Pemain Ghana Bersedekah Bantu Penduduk Islam Brazil
Bintang Ghana, Sulley Muntari berjaya menonjolkan sikap prihatinnya apabila sempat membuat lawatan ke bandar Maceio iaitu kawasan penempatan komuniti termiskin di Brazil, biarpun dia berdepan jadual pertandingan yang padat.
Gelagat pemain tengah Ghana yang kini beraksi bersama kelab AC Milan itu dirakam kamera dan turut dimuat naik di laman youtube.
Video berdurasi 20 saat itu memperlihatkan bagaimana Sulley mengagihkan wang kepada kanak-kanak miskin di kawasan terbabit selain sempat merakam gambar bersama penduduk sekitarnya.
Dia juga diiringi beberapa pengawal keselamatan ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.
Sulley dilaporkan diberi kebenaran khas oleh pengurus pasukannya, Kwesi Appiah untuk melawat Maceio.
Aktiviti itu dilakukannya beberapa jam sebelum beliau dan pasukannya menuju ke Fortaleza bagi meneruskan perlawanan Kumpulan G menentang Jerman yang berkesudahan seri 2-2.
Ghana kini menghuni tangga ketiga berbekal satu selepas dua perlawanan kumpulan, hanya berbaki satu lagi perlawanan menentang Portugal, Khamis ini.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment