‘Saya Sanggup Jaga Muhammad Firdaus’ – Bekas Pengasuh
Muhammad Firdaus Dullah, 15, sebelum ini bukanlah seorang yang kurus kering dan ditinggalkan terabai dalam sebuah bilik kotor dan busuk di sebuah rumah Flat Semarak Taman Semarak, Nilai.
Lapor Harian Metro, Sebelum ini dia dijaga oleh seorang wanita bernama Norfitri Radius, 42, selama kira-kira lapan tahun iaitu pada 2003 sebelum berkahwin dan berpindah ke Gemencheh, Tampin.
Kini, wanita itu yang berada di perkarangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) semalam memberitahu dia sanggup menjaga Firdaus sekiranya diberi kebenaran oleh pihak berkuasa.
Sepanjang saya menjaganya dulu, walaupun dia OKU tetapi badannya sihat dan berisi. Kadang-kala saya membawanya ke pantai di Port Dickson untuk diberi rawatan tradisional sehingga dia boleh berjalan sikit.
Dia mendapat tahu tentang keadaan Firdaus yang menyedihkan, tidak diurus dan bergelumang najis dan air kencing setelah remaja malang itu ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P.
Dia juga tidak menyangka bahawa anak yang pernah dijaganya seperti anak sendiri itu ini terabai sehingga menjadi seperti mayat hidup.
Selepas melihat berita itu, saya segera menghubungi ibu Firdaus, Imashima Lola dan wanita itu mengakui itu anaknya dan menceritakan perkara sebenar kenapa Firdaus ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa.
Saya faham masalah yang dihadapinya sebab kami seperti adik beradik sentiasa berkongsi cerita dan masalah. Kali terakhir saya menghubunginya dua minggu lalu bertanyakan khabar dan dia memberitahu Firdaus sihat cuma tidak selera makan.
Penemuan Muhammad Firdaus mengejutkan dan menimbulkan kemarahan orang ramai yang menganggap ia perbuatan tidak berperikemanusiaan.
Dikhabarkan bahawa terdapat najis terpalit berhampiran mulut anak itu, yang dipercayai kerana dia mencapai apa saja yang ada kerana terlalu lapar.
Bersama kita mengambil iktibar dari kejadian ini.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment